KUALA LUMPUR - MOHD. TAHIR menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan burung kakak tuanya. Beliau merupakan seorang pesara kerajaan kecurian burung kakak tua jenis crested cockatoo menawarkan hadiah RM1,000 kepada sesiapa yang dapat mengembalikan burung itu kepadanya. Mohd. Tahir Ahmad, 73, berkata, burung peliharaannya itu didapati hilang dari rumahnya di Jalan Sungai Merab, Dato Bakar Baginda, Kajang semalam. Katanya, burung yang diberi nama Kakak itu disedari hilang pada pukul 3.40 pagi. "Saya terdengar bunyi bising berhampiran sangkar burung itu yang terletak di luar ruang tamu tetapi saya tidak nampak sesiapa berhampiran sangkar," katanya di pejabat Kosmo! semalam. "Saya bela burung yang dibeli di Johor Bahru itu sejak empat tahun lalu dan kami sekeluarga amat sayangkannya." Mohd. Tahir merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan burung kakak tua tersebut agar menghubunginya di talian 019-2223024. -kosmo
Sumber : http://biaqpila.blogspot.com/2009/08/ganjaran-rm1000-untuk-burung-hilang.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan