Sabtu, Julai 25, 2009

FKS 2009 – PLATFORM KERAJAAN JELAS KEKELIRUAN

SUNGAI PETANI - Festival Kedah Sejahtera (FKS) 2009 yang menggabungkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dengan lain-lain acara rasmi di bawah setiap portfolio Exco Kerajaan Negeri Kedah berkesan untuk memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan pelaksanaan pentadbiran yang dijalankan Kerajaan Negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, menerusi usaha penggabungan, selain memberi faedah kepada rakyat, program ini diharap dapat menjadi lebih tersusun, meriah dan memberikan impak yang lebih besar. Menurutnya, Festival Kedah Sejahtera 2009 ini juga akan dijadikan platform kepada masyarakat dan rakyat negeri ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal berkaitan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dengan secara lebih dekat. “Tambahan pula apabila beberapa program disatukan, Kerajaan Negeri dapat menjimatkan kos dan masa yang membabitkan penglibatan kakitangan kerajaan dalam usaha untuk menjayakan festival ini. “Sejak memasuki tahun kedua pentadbiran, kerajaan berazam untuk meningkatkan lagi tahap kesejahteraan hidup rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Namun apabila timbulnya sesuatu perkara dan isu, Kerajaan Negeri mendapati ada rakyat yang keliru. “Oleh itu, kerajaan cuba mengatasi masalah ini dengan memberikan penjelasan kepada rakyat melalui saluran komunikasi sedia ada serta mewujudkan platform khas seperti festival ini untuk member penjelasan secara langsung kepada rakyat,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Festival Kedah Sejahtera 2009 di Laguna Merbok yang bermula semalam dan akan berakhir pada 28 Julai ini. Azizan berkata, penganjuran festival yang julung kali diadakan ini juga diharap dapat memberikan peluang kepada rakyat untuk menjana pendapatan dalam menjalankan aktiviti masing-masing di festival ini. Menurutnya, kerajaan sedaya upaya mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan rakyat tetapi bukan bermakna dengan pemberian subsidi atau bantuan kewangan namun lebih menjurus kepada penghasilan lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menjalankan aktiviti masing-masing dalam usaha menjana ekonomi seperti penganjuran festival ini.

Sumber : http://kedahlanie.blogspot.com/24/07/2009

Isnin, Julai 20, 2009

WANG KERTAS RM50 BARU!!!!!!

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan. BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat. BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini. Menurutnya, wang kertas baru RM50 itu sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Namun siri baru ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

KEMESRAAN MB KEDAH...




Jumaat, Julai 17, 2009

PUSAT PENAPISAN MINYAK DI NEGERI KEDAH PULAK!!!!!

KUALA LUMPUR,15 Julai (Hrkh)- Bertempat di Hotel Nikko, kerajaan negeri Kedah telah memeterai perjanjian kerjasama (MOU) dengan Merapoh Resources Corporations bagi membangunkan projek penapisan petrokimia yang dinamakan Kedah Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH). Perjanjian bernilai RM35 bilion ini dimeterai antara Merapoh Resources Corporation dengan kerajaan Kedah bersama pelabur-pelabur antaranya Hong Kong Beijing Star Ltd dan Winson Invesment Ltd. Dari sudut kerja-kerja kejuruteraan, pembangunan dan kepakaran loji penapisan minyak, projek diserah kepada SK Engineering & Construction sebuah syarikat terkemuka berpangkalan di Korea. Sementara SK Energy pula diberi kontrak penyelengaraan dan operasi SULIHH. Perjanjian dibuat pada jam 3.15 petang dengan disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bersama pegawai kewangan negeri, Dato' Mohd Puat Mohd Ali dan setiausaha kerajaan negeri, Dato' Wira Rasli Basir. Turut hadir, Exco Kanan Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi; Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Mohd Isa Ismail; Exco-exco Kerajaan Negeri, Ir Amiruddin Hamzah; Dato' Mohamad Taulan Rasul; Dr Hamdan Mohamed Khalib; S.Manikumar dan Ustazah Aishah Ghazali. Merapoh diwakili, Pengerusi Eksekutifnya, Md Nazri Ramli dan Pengarah Eksekutif Mohd Hassan Mansor.SK Engineering diwakili, Naib Pengerusi dan CEO, Suk Kyong Yun dan Naib Presiden, Tae Min Cheong. Pelabur, Hong Kong Beijing Star Ltd diwakili, Presidennya, LiFeng Yi serta Pengarah, Mou Fu Kong,sementara Winson Investment Ltd diwakili Tony Loh. Dalam ucapannya, Ustaz Azizan menyatakan rasa syukur berikutan perjanjian ini telah ditandatangani syarikat yang akan membangunkannya dan pelabur. Projek SULIHH yang berlokasi di Yan Kedah ini akan memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi Kedah,ujar Ustaz Azizan. Projek ini jugaakan memberi peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat Kedah khasnya dan Malaysia amnya, kata beliau. Projek ini juga katanya adalah kejayaan besar dan bersejarah kepada kerajaan Kedah dalam memacu pelaburan masuk ke negeri itu. Beliau turut membayangkan kejayaan ini kelak akan memberi kesan besar kepada pertumbuhan masuk pelaburan ke Kedah, selain pembangunan kawasan berhampiran. Beliau mengucapkan terima kasih kepada usaha keras Merapoh Resources Corporations dan Kedah Investment Centre (KIC) yang merealisasikan impian rakyat Kedah ini. Projek yang SULIHH dijangka siap padatahun 2013 ini katanya adalah loji penapisan yang terbesar setakat ini yang diusahakan di Semenanjung. Kerajaan Kedah ujarnya memberi sokongan penuh ke atas pembangunan SULIHH ini selain mengalu-alukan pelabur untuk melabur di Kedah.

Isnin, Julai 13, 2009

'NGV LEBIH SELAMAT DARIPADA PETROL @ DIESEL'


KERATAN Kosmo! 11 Julai 2009.

Jika Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) menyifatkan kenderaan gas asli (NGV) seperti 'peluru berpandu bergerak dengan bom', persatuan pengguna gas itu pula bangkit dengan dakwaan bahawa kenderaan mereka lebih selamat berbanding petrol atau diesel. Malah, jika berlaku insiden tong NGV bocor, tidak akan berlaku letupan kerana gas itu lebih mudah meresap ke udara pada waktu kemalangan. Presiden Persatuan NGV Malaysia (Mangva), M. Suaparmanyam berkata, WECAM cuba memesongkan tanggapan umum dengan memberikan fakta yang bukan sahaja tidak tepat tetapi menakutkan orang ramai. Katanya, tangki silinder NGV bukan jenis mudah bocor dan meletup seperti tong gas memasak. "Tangki silinder NGV tahan sehingga 15 tahun sebelum ditukar baru," katanya ketika dihubungi semalam. Beliau mengulas amaran WECAM Sabtu lalu mengenai risiko kenderaan yang menggunakan tong NGV yang dipasang di bengkel-bengkel tidak bertauliah.

Ahad, Julai 12, 2009

‘KENDERAAN NGV UMPAMA BOM’


Kereta menggunakan NGV ini meletup di sebuah stesen minyak di Cheras
tahun lalu, mujur pemandunya terselamat kerana berada di
hadapan
kenderaan itu sewaktu kejadian.

Beribu-ribu kereta di jalan raya yang menggunakan gas asli sebagai bahan api diibaratkan seperti ‘peluru berpandu bergerak dengan bom’, menurut Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM). Setiausaha Agung persatuan itu, S. Piarapakaran berkata, kereta berkenaan diibaratkan seperti itu kerana pemilik kenderaan tersebut menggunakan bengkel-bengkel haram dan membiarkan mekanik yang tidak berkelayakan untuk memasang tangki gas berkenaan di kereta mereka. Beliau berkata, penyelidikan WECAM menunjukkan bahawa hanya untuk menjimatkan beberapa ringgit, pemilik sanggup mengabaikan aspek keselamatan dengan menggunakan bahan dan hasil kerja yang tidak baik untuk dipasang di kereta mereka dengan tangki gas asli.

Jumaat, Julai 10, 2009

FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA 2009

Negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali dengan Negeri Jelapang Padi terletak di bahagian Utara Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 9,245 km persegi. Negeri Kedah yang berkepadatan penduduk hampir 2 juta orang terkenal dengan pelbagai tarikan destinasi pelancongan yang menarik antaranya Pulau Langkawi. Festival Kedah Sejahtera adalah hasil penjanaan idea dari Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam usaha menyampaikan visi dan misi kerajaan kepada seluruh rakyat. Penganjuran ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam memupuk persekitaran masyarakat yang harmoni seterusnya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan negeri. Penganjuran festival ini bakal menerima kunjungan di raja dari Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 23 Julai 2009. Mai Che Mai...Jom Kita pi beramai-ramai memeriahkan festival tersebut.

Isnin, Julai 06, 2009

TAHNIAH KEPADA MB KEDAH


Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada YAB Ustaz Azizan di atas ketegasan beliau menangani kemelut pusat penyembelihan babi di Alor Setar. Jutaan tahniah juga buat MBAS kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai pihak berkuasa. Diharapkan usaha dan kerjasama MBAS dan kerajaan negeri akan membawa negeri Kedah ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

Nampaknya Ustaz Azizan terlebih dahulu mengamalkan dasar rakyat didahulukan. Suara hati penduduk Taman Berjaya telah didengari dan diambil tindakan. Rata-rata penduduk Taman Berjaya amat berterima kasih di atas ketegasan beliau untuk menutup pusat penyembelihan babi yang dibina secara haram sejak pemerintahan kerajaan negeri pimpinan BN.

Ustaz Azizan telah memberi ruang dan peluang untuk pengusaha pusat penyembelihan itu berpindah. Malangnya saranan beliau tidak diendahkan. Maka, tindakan merobohkan pusat itu adalah wajar. Yang peliknya, kenapa DAP cuba untuk membela taukeh babi ini, sedangkan penduduk Taman Berjaya yang berketurunan Cina juga tidak suka kewujudan pusat penyembelihan itu di tempat mereka biarpun babi merupakan santapan utama mereka. Adakah DAP ingin menjadi juara kepada tauke Cina Alor Setar? Ataupun ada pemimpin DAP Alor Star yang mempunyai saham dan kepentingan dalam industri babi tersebut? Ataupun mereka dijadikan untuk membangkang semata-mata? Ataupun mereka ingin menunjukkan lagak mereka dengan membuat ugutan kepada kerajaan negeri pimpinan PAS?

Ahad, Julai 05, 2009

PENEMUAN EMAS DI KEDAH

Terkezut.... jugak bila dok ronda ronda beberapa blog dua tiga hari lepas saya terbaca tentang pertemuan emas di kedah. Walaubagaimanapun pihak bertangungjawap seperti Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Mineral dan Geosains masih menjalankan kajian ke atas logam berkilau yang ditemui dan didakwa emas oleh penduduk sejak Rabu lalu. Lokasinya penemuan terletak di kawasan kuari di Kampung Jelutung, dekat Pendang. Dengar khabar yang bertiup, berduyun duyun penduduk sekitar dan luar datang bagi mengutip ketulan tersebut. Harap-harap ini boleh menjadi sumber pendapatan tambahan kepada mereka sebelum diwartakan kawasan larangan masuk sekiranya kehadiran emas tersebut betul-betul ujud kerana ianya akan menjadi hasil kerajaan negeri berdasarkan Enakmen Mineral. Selagi belum dikuatkuasakan marilah kita pergi beramai-ramai mengutipnya. Harap-harap Negeri Kedah akan bertukarlah pulak daripada Jelapang PADI kepada Jelapang EMAS selepas ini...

Jumaat, Julai 03, 2009

SINOPSIS Virus Influenza A (H1N1) @ Selsema Babi...

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja. Tapi kini dah beratus atau lebih manusia telah dijangkiti.....