Isnin, Julai 06, 2009

TAHNIAH KEPADA MB KEDAH


Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada YAB Ustaz Azizan di atas ketegasan beliau menangani kemelut pusat penyembelihan babi di Alor Setar. Jutaan tahniah juga buat MBAS kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai pihak berkuasa. Diharapkan usaha dan kerjasama MBAS dan kerajaan negeri akan membawa negeri Kedah ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

Nampaknya Ustaz Azizan terlebih dahulu mengamalkan dasar rakyat didahulukan. Suara hati penduduk Taman Berjaya telah didengari dan diambil tindakan. Rata-rata penduduk Taman Berjaya amat berterima kasih di atas ketegasan beliau untuk menutup pusat penyembelihan babi yang dibina secara haram sejak pemerintahan kerajaan negeri pimpinan BN.

Ustaz Azizan telah memberi ruang dan peluang untuk pengusaha pusat penyembelihan itu berpindah. Malangnya saranan beliau tidak diendahkan. Maka, tindakan merobohkan pusat itu adalah wajar. Yang peliknya, kenapa DAP cuba untuk membela taukeh babi ini, sedangkan penduduk Taman Berjaya yang berketurunan Cina juga tidak suka kewujudan pusat penyembelihan itu di tempat mereka biarpun babi merupakan santapan utama mereka. Adakah DAP ingin menjadi juara kepada tauke Cina Alor Setar? Ataupun ada pemimpin DAP Alor Star yang mempunyai saham dan kepentingan dalam industri babi tersebut? Ataupun mereka dijadikan untuk membangkang semata-mata? Ataupun mereka ingin menunjukkan lagak mereka dengan membuat ugutan kepada kerajaan negeri pimpinan PAS?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan