Selasa, Ogos 25, 2009

MANUSIA BILA DAH KAYA...


LONDON - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei, lapor akhbar Sunday Times kelmarin.

Baginda menyewa suite peribadi sebuah pesawat bagi membolehkan tukang gunting kegemarannya, Ken Modestou tidak bercampur dengan penumpang lain kerana bimbang dia dijangkiti virus selesema babi.

Sultan Brunei merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai £12 bilion (RM69.15 bilion) menggunakan khidmat Modestou sejak 16 tahun lalu.

Dia bekerja di sebuah kedai gunting di Hotel Dorchester di Mayfair, tengah London. Pada setiap tiga atau empat minggu, dia diterbangkan ke Brunei dan diberikan penginapan selama beberapa malam selain upah ribuan dolar sebelum balik ke London.

George Kadi yang bertugas dengan Modestou memberitahu: "Dia kerap ke sana. Sultan menerbangkan dia dengan kelas pertama pada kos £9,000 (RM51,873).

"Semuanya ditanggung iaitu hotel dan makanan mewah, asalkan dia mahu pergi ke Brunei." Caj biasa yang dikenakan untuk menipiskan rambut di kedai Modestou ialah £30 (RM172.87).

Kadi berkata, Sultan Brunei yang berusia 63 tahun itu membayar Modestou melalui sekeping sampul surat yang agak tebal tetapi penuh dengan wang tunai. - Agensi

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/manusia-bila-dah-kaya.html

Jumaat, Ogos 21, 2009

AMARAN PAKAR: Jangan bawa kanak-kanak ke hospital

KUALA LUMPUR: Agensi Berita Nasional (BERNAMA) hari ini melaporkan bahawa hospital-hospital awam kini telah mula mengedarkan risalah dan notis yang mengingatkan orang-ramai dan juga pelawat agar tidak membawa kanak-kanak atau bayi ke premis hospital ketika mereka menziarahi sanak saudara ataupun kenalan.

Kempen terbaru ini adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh pihak hospital untuk mengelak penyebaran wabak Influenza A H1N1.

Malah lapor BERNAMA, jika tidak kerana H1N1 pun, adalah menjadi peraturan umum hospital yang melarang pelawat daripada membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke premis hospital untuk tujuan lawatan.

Malangnya, ramai ibu-bapa tidak memandang serius akan peraturan ini dan sekiranya mereka diberi ingatan, sebahagian besarnya tidak mengambil peduli akan nasihat yang diberikan oleh pihak hospital.

Sementara itu, Pakar Respiratori Dr K. Regesh ketika ditemui BERNAMA berkata, apabila pihak hospital melabelkan sesuatu penyakit itu sebagai kronik ia bermaksud pesakit yang mempunyai masalah diabetik, kegagalan renal, asma dan lain-lain masalah respiratori.

Katanya, kepada semua pesakit ini dan juga kanak-kanak, sistem kekebalan badan mereka adalah tersangat rendah jika dibandingkan dengan seorang yang sihat. Oleh yang demikian mereka sangat terdedah kepada bahaya dijangkiti tidak kira apa jua wabak dan bukan semata-mata AH1N1.

"Di hospital, pelbagai jenis penyakit boleh berjangkit dengan mudah dan seboleh-bolehnya janganlah membawa kanak-kanak berjumpa pesakit walaupun untuk berkata ‘helo’,” katanya.
Dalam perkataan yang lain kata Dr Regesh, jika tidak dapat meninggalkan anak-anak dalam jagaan sesiapa, maka jangan datang melawat pesakit di hospital.

Dan kepada mereka yang baru pulang dari menziarahi orang sakit di hospital, ini ada pesanan yang ingin dikatakan oleh Dr Regesh;

"Bila sampai rumah, terus mandi, tukar baju baru sebelum mendakap anak kecil anda. Begitu juga bila anda balik dari kerja pergi mandi dan salin baju terlebih dahulu sebelum dakap anak anda.”

SELAMAT BERPUASA

Seluruh umat islam dimalaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan tahun ini mulai 22.08.2009 (Sabtu) sepertimana telah diumumkan oleh penyimpan mohor besar raja raja semalam. Selamat Menjalani Ibadah Puasa daripada matdeesp kepada semua yang mengunjungi blog ini. Semoga ibadah kita pada tahun ini adalah lebih baik daripada ibadah kita ditahun tahun terdahulu... Selamat Berpuasa...

Isnin, Ogos 17, 2009

GANJARAN RM1000 UNTUK BURUNG HILANG

KUALA LUMPUR - MOHD. TAHIR menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan burung kakak tuanya. Beliau merupakan seorang pesara kerajaan kecurian burung kakak tua jenis crested cockatoo menawarkan hadiah RM1,000 kepada sesiapa yang dapat mengembalikan burung itu kepadanya. Mohd. Tahir Ahmad, 73, berkata, burung peliharaannya itu didapati hilang dari rumahnya di Jalan Sungai Merab, Dato Bakar Baginda, Kajang semalam. Katanya, burung yang diberi nama Kakak itu disedari hilang pada pukul 3.40 pagi. "Saya terdengar bunyi bising berhampiran sangkar burung itu yang terletak di luar ruang tamu tetapi saya tidak nampak sesiapa berhampiran sangkar," katanya di pejabat Kosmo! semalam. "Saya bela burung yang dibeli di Johor Bahru itu sejak empat tahun lalu dan kami sekeluarga amat sayangkannya." Mohd. Tahir merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan burung kakak tua tersebut agar menghubunginya di talian 019-2223024. -kosmo

Sumber : http://biaqpila.blogspot.com/2009/08/ganjaran-rm1000-untuk-burung-hilang.html

Ahad, Ogos 16, 2009

SELSEMA BABI : 5 JUTA AKAN MATI KATAK...

H1N1: WHO anggar 5 juta rakyat Malaysia dijangkiti jika abai kesihatan

BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi. "Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini. Katanya wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh. "Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya. Liow berkata kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut. "Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. BERNAMA

Sumber : http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/selsema-babi-5-juta-akan-mati-katak.html

Jumaat, Ogos 14, 2009

SEGERA RAWAT JIKA ADA SIMPTOM: MB KEDAH

ALOR SETAR - Tiga kematian disebabkan Influenza A (H1N1) dilaporkan di negeri ini, sehingga semalam. Mereka ialah dua pesakit positif H1N1 dari daerah Baling dan seorang dari Sungai Petani yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kesemua mereka yang meninggal dunia berusia antara 37 tahun hingga 56 tahun. “Tiga pesakit berkenaan mempunyai penyakit sampingan lain, antaranya darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, semalam. Azizan berkata, jumlah kes H1N1 di Kedah kini mencecah 49 kes, dengan 14 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). “Tujuh kanak-kanak bawah 12 tahun antara mereka yang dirawat di ICU di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Daripada maklum balas, kesemua yang dijangkiti disebabkan lambat mendapatkan rawatan,” katanya. Berikutan itu, Azizan menasihatkan orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan jika mempunyai simptom-simptom wabak itu. Menurutnya, 80 buah institusi pengajian tinggi/sekolah telah dilaporkan terdedah dengan penularan wabak H1N1 dan sebahagian sudahpun menutup sementara pengajian mereka. “Kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) untuk menganjurkan solat hajat untuk rakyat, selain meningkatkan saringan kesihatan di pintu masuk negara. Namun keutamaan kita adalah mengekang penularan dalam komuniti,” katanya. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri belum bercadang untuk mengarahkan pembatalan majlis-majlis terbuka di negeri ini, mahupun mewajibkan pemakaian topeng muka. “Kita akan pantau dan dapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan berhubung isu itu,” katanya.

Isnin, Ogos 03, 2009

GAMBAR ANAK LEMBU BERKEPALA DUA

SEEKOR anak lembu berkepala dua di Rivera, Colombia baru-baru ini.

RIVERA - Seekor anak lembu betina di Colombia mencetuskan kegemparan apabila haiwan itu memiliki dua kepala tetapi berkongsi otak, sebuah akhbar semalam. Anak lembu diberi nama Jenifer itu dilahirkan pada Jumaat lepas di sebuah ladang di sini kira-kira 240 kilometer dari ibu kota negara itu, Bogota. Pemilik ladang itu, Marino Cabrera berkata, dia tidak pernah melihat keganjilan seperti itu sepanjang 30 tahun menjadi pembiak baka lembu. "Lembu itu sungguh comel, saya melihatnya sebagai anugerah dari Tuhan," kata isterinya, Rosario Leyva. Keadaan seperti itu yang dikenali sebagai Polycephaly dalam terma saintifik jarang berlaku tetapi boleh terjadi kepada manusia atau haiwan. – Agensi

Sumber : http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/gambar-anak-lembu-pula-berkepala-dua.html