Jumaat, Februari 26, 2010

KAMPUS INDUK INSANIAH BAKAL JADI KENYATAAN


Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Ustaz Azzian Abdul Razak menjadi saksi majlis meterai kemudahan pembiayaan bernilai RM330 juta antara Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dengan Kedah Sato Sdn Bhd (KKSB) bagi pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling.


Kemudahan pembiayaan kewangan Islam bersendiket oleh BIMB yang bertindak sebagai pengatur utama pembiayaan itu dengan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM200 juta, manakala Affin Islamic Bank Sdn Bhd sebagai pengatur bersama akan membiayai baki sebanyak RM130 juta.


KSSB ialah anak syarikat milik penuh Bina Darul Aman Bhd (BDB) diwakili pengarah Urusannya Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak, manakala Affin Islamic Bank oleh Timbalan Ketua Eksekutifnya Abdul Rani Lebai Jaafar.


Pengarah Urusan BIMB Dato’ Zukri Samat berkata, menerusi struktur pembiayaan itu, KSSB akan menyelesaikan kemudahan berkenaan dalam tempoh 15 tahun termasuk tempoh tangguh selama tiga tahun.


Selain itu, katanya, BIMB merancang membuka 10 lagi cawangan baru di seluruh negara tahun ini, membabitkan pelaburan kira-kira RM7 juta termasuklah Alor Setar, Bukit Jeutung dan Sri Petaling di Lembah Kelang dan Sibu dan Sabah.


Menurutnya dengan pelaburan purata RM700 ribu bagi setiap cawangan bergantung kepada saiznya dan yakin cawangan baru bukan sahaja dapat mebantu meningkat lagi penguasaan pasaran BIMB malah turut berupaya memenuhi permintaan terhadap produk berlandaskan syariah.


Pembukaan cawangan baru itu juga akan menambah jumlah cawangan BIMB kepada 110 menjelang akhir tahun ini.


http://kedahlanie.blogspot.com/2010/02/kampus-induk-insaniah-bakal-jadi.html

Rabu, September 23, 2009

KERATA TAK ADA ENJIN LAGI MAHAL RUPANYA...

PELUMBA terkenal di Amerika Syarikat, Stan Antlocer pernah memandu kereta
Pontiac LeManc Tempest.

NEW YORK - Sebuah kereta yang tidak mempunyai enjin dan berkarat dilelong pada harga hampir $227,000 (RM789,960) selepas harga pembukaannya cuma $500 (RM1,740), lapor sebuah akhbar semalam. Kereta Pontiac LeMans Tempest keluaran 1963 itu dilelong di laman web eBay di Amerika Syarikat oleh penjualnya yang tidak mengetahui sejarah kenderaan tersebut. Namun, seorang pengguna eBay mendapati kereta itu merupakan salah sebuah daripada enam kereta Pontiac edisi khas. Harga lelongan kereta itu melonjak selepas ia didapati merupakan salah sebuah kereta yang dipandu oleh pelumba legenda AS, Stan Antlocer. Penjual kereta itu yang dikenali sebagai 123eclin tidak mengetahui sejarah kenderaan tersebut berdasarkan soalan yang dikemukakan. Gambar kereta itu di eBay menunjukkan papan pemukanya mempunyai nama satu litar lumba. Sistem suspensi kereta itu yang berlainan dengan kereta lain turut memberi petunjuk bahawa ia merupakan sebuah kereta edisi khas. Pada akhirnya, kereta itu dibeli oleh pembida yang dikenali sebagai ccsi2000 pada harga $226,521 (RM788,293.08). - Agensi

Jumaat, September 18, 2009

Selasa, Ogos 25, 2009

MANUSIA BILA DAH KAYA...


LONDON - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei, lapor akhbar Sunday Times kelmarin.

Baginda menyewa suite peribadi sebuah pesawat bagi membolehkan tukang gunting kegemarannya, Ken Modestou tidak bercampur dengan penumpang lain kerana bimbang dia dijangkiti virus selesema babi.

Sultan Brunei merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai £12 bilion (RM69.15 bilion) menggunakan khidmat Modestou sejak 16 tahun lalu.

Dia bekerja di sebuah kedai gunting di Hotel Dorchester di Mayfair, tengah London. Pada setiap tiga atau empat minggu, dia diterbangkan ke Brunei dan diberikan penginapan selama beberapa malam selain upah ribuan dolar sebelum balik ke London.

George Kadi yang bertugas dengan Modestou memberitahu: "Dia kerap ke sana. Sultan menerbangkan dia dengan kelas pertama pada kos £9,000 (RM51,873).

"Semuanya ditanggung iaitu hotel dan makanan mewah, asalkan dia mahu pergi ke Brunei." Caj biasa yang dikenakan untuk menipiskan rambut di kedai Modestou ialah £30 (RM172.87).

Kadi berkata, Sultan Brunei yang berusia 63 tahun itu membayar Modestou melalui sekeping sampul surat yang agak tebal tetapi penuh dengan wang tunai. - Agensi

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/manusia-bila-dah-kaya.html

Jumaat, Ogos 21, 2009

AMARAN PAKAR: Jangan bawa kanak-kanak ke hospital

KUALA LUMPUR: Agensi Berita Nasional (BERNAMA) hari ini melaporkan bahawa hospital-hospital awam kini telah mula mengedarkan risalah dan notis yang mengingatkan orang-ramai dan juga pelawat agar tidak membawa kanak-kanak atau bayi ke premis hospital ketika mereka menziarahi sanak saudara ataupun kenalan.

Kempen terbaru ini adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh pihak hospital untuk mengelak penyebaran wabak Influenza A H1N1.

Malah lapor BERNAMA, jika tidak kerana H1N1 pun, adalah menjadi peraturan umum hospital yang melarang pelawat daripada membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke premis hospital untuk tujuan lawatan.

Malangnya, ramai ibu-bapa tidak memandang serius akan peraturan ini dan sekiranya mereka diberi ingatan, sebahagian besarnya tidak mengambil peduli akan nasihat yang diberikan oleh pihak hospital.

Sementara itu, Pakar Respiratori Dr K. Regesh ketika ditemui BERNAMA berkata, apabila pihak hospital melabelkan sesuatu penyakit itu sebagai kronik ia bermaksud pesakit yang mempunyai masalah diabetik, kegagalan renal, asma dan lain-lain masalah respiratori.

Katanya, kepada semua pesakit ini dan juga kanak-kanak, sistem kekebalan badan mereka adalah tersangat rendah jika dibandingkan dengan seorang yang sihat. Oleh yang demikian mereka sangat terdedah kepada bahaya dijangkiti tidak kira apa jua wabak dan bukan semata-mata AH1N1.

"Di hospital, pelbagai jenis penyakit boleh berjangkit dengan mudah dan seboleh-bolehnya janganlah membawa kanak-kanak berjumpa pesakit walaupun untuk berkata ‘helo’,” katanya.
Dalam perkataan yang lain kata Dr Regesh, jika tidak dapat meninggalkan anak-anak dalam jagaan sesiapa, maka jangan datang melawat pesakit di hospital.

Dan kepada mereka yang baru pulang dari menziarahi orang sakit di hospital, ini ada pesanan yang ingin dikatakan oleh Dr Regesh;

"Bila sampai rumah, terus mandi, tukar baju baru sebelum mendakap anak kecil anda. Begitu juga bila anda balik dari kerja pergi mandi dan salin baju terlebih dahulu sebelum dakap anak anda.”

SELAMAT BERPUASA

Seluruh umat islam dimalaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan tahun ini mulai 22.08.2009 (Sabtu) sepertimana telah diumumkan oleh penyimpan mohor besar raja raja semalam. Selamat Menjalani Ibadah Puasa daripada matdeesp kepada semua yang mengunjungi blog ini. Semoga ibadah kita pada tahun ini adalah lebih baik daripada ibadah kita ditahun tahun terdahulu... Selamat Berpuasa...

Isnin, Ogos 17, 2009

GANJARAN RM1000 UNTUK BURUNG HILANG

KUALA LUMPUR - MOHD. TAHIR menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan burung kakak tuanya. Beliau merupakan seorang pesara kerajaan kecurian burung kakak tua jenis crested cockatoo menawarkan hadiah RM1,000 kepada sesiapa yang dapat mengembalikan burung itu kepadanya. Mohd. Tahir Ahmad, 73, berkata, burung peliharaannya itu didapati hilang dari rumahnya di Jalan Sungai Merab, Dato Bakar Baginda, Kajang semalam. Katanya, burung yang diberi nama Kakak itu disedari hilang pada pukul 3.40 pagi. "Saya terdengar bunyi bising berhampiran sangkar burung itu yang terletak di luar ruang tamu tetapi saya tidak nampak sesiapa berhampiran sangkar," katanya di pejabat Kosmo! semalam. "Saya bela burung yang dibeli di Johor Bahru itu sejak empat tahun lalu dan kami sekeluarga amat sayangkannya." Mohd. Tahir merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan burung kakak tua tersebut agar menghubunginya di talian 019-2223024. -kosmo

Sumber : http://biaqpila.blogspot.com/2009/08/ganjaran-rm1000-untuk-burung-hilang.html